VEHICLE INTEGRATED CARE & SERVICES
PENGENALAN
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelan transformasi ke atas segala aspek pengurusan, kewangan, pendidikan dan lain lain.
Penjenamaan 1 Malaysia telah merancakkan penyatuan dan pembangunan semua kaum di Malaysia.
Malaysia telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP) yang lebih mensasarkan pihak swasta untuk memacu kejayaannya.Oleh yang demikian, pihak swasta berpeluang untuk memainkan peranan secara terus dengan memikul tanggungjawab ke atas apa-apa transformasi yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Dengan pembangunan pesat yang berlangsung di Negeri Sarawak sekarang ini, Kerajaan Pusat membelanjakan sejumlah wang yang besar setiap bulan untuk melakukan pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan-kenderaan yang setiap hari digunakan.Kadang-kadang wang yang telah dibelanjakan untuk penyelenggaraan tersebut tidak memadai dengan pembaikan yang dilakukan kerana kos yang terlalu tinggi dan merugikan pihak kerajaan yang sepatutnya dana tersebut dapat digunakan untuk keperluan kerajaan yang lain.
Telah selalu kita dengar yang para-para pemandu terlalu kerap membaiki kenderaan di dalam satu tahun sehingga jumlah harga pembaikan melebihi harga pembelian satu kenderaan baru atau menyamai harga setengah atau suku kenderaan tersebut. Kadang-kadang pegawai-pegawai kenderaan tidak mampu mengawal aliran tersebut dan mungkin juga tidak mempunyai cukup pengalaman dalam perkara ini.
Dengan cadangan dan sistem yang akan diutarakan oleh pihak kami, sekurang-kurangnya dapat mengekang dan mengurangkan perbelanjaan dana yang sepatutnya dapat di gunakan untuk program yang lain dan dapat mengurangkan kegiatan rasuah serta salah laku dikalangan pemandu-pemandu.